Profil Dr Nasoha bin Saabin


Dr Nasoha Saabin, Beliau adalah sarjana dalam bidang kesihatan dan penglihatan mata dari Universiti Melbourne Australia, namun berminat dalam bidang kesihatan secara holistik. Beliau percaya bahawa kesihatan manusia secara menyeluruh hanya dapat dicapai apabila kesihatan itu merangkumi kesihatan badan, mental dan roh. Beliau percaya bahawa kesihatan adalah dipengaruhi oleh gaya hidup manusia. Gaya hidup manusia dipengaruhi oleh fikiran dan keyakinan manusia dan keyakinan dan pemikiran manusia dipengaruhi oleh percakapan manusia. Kajian beliau didalam bidang ini telah membawa beliau kepada penemuan satu terapi yang terunggul didunia untuk mengubah gaya hidup atau perangai manusia.

Terapi mengubah perangai dan seterusnya mengubah kesihatan manusia secara holistik itu beliau namakan sebagai Nasoha Wellness Therapy. Beliau telah menulis sebuah buku berkenaan ini dan masih dalam proses penerbitan yang beliau namakan “Saya Sihat Saya Kaya” (I’m Healthy, I’m Wealthy). PTS Publication Malaysia 2008. Beliau banyak menulis buku-buku berkenaan agama dan kemasyarakatan, antaranya ialah:

  1. Bagaimana Imanku Hari Ini Lebih Baik dari Semalam, Era Ilmu, 2000
  2. Memartabatkan Masjid, Utusan Publication, 2001
  3. Enam Perkara Asas Kecemerlangan Diri, Era Ilmu Publication, 2003
  4. Mengendalikan Urusan Suami Isteri, PTS Publication, 2004

Sekarang beliau adalah Pengerusi Octagon Petroleum Technology Sdn Bhd, Pengerusi dan Perunding Nasohatalks.com, Pengarah dan Perunding Utama di Integrative Holistic Wellness Centre Sdn Bhd, Pengarah Nubwat Malaysia Sdn Bhd dan, Pengerusi dan Perunding Nasoha Lyrics Ent.
No posts.
No posts.